"Masa kat pasar tani pagi tadi,
mak nak beli baja bunga.
then mula le sesi pertanyaan.

masa nak bayar,
pakcik tu kata, “Muka dia macam anak saya.”
*tunjuk ke aku*
“Anak saya lari rumah. Dah 4 tahun.”
Mak kata, “Ya Allah.. Tak call? Dah buat report polis?”
*muka pakcik tu masih bersahaja*
“Dah call dia tak angkat angkat. Dah buat dah. Dia lari masa dia form 3. Sekarang 19 tahun dah. Dia dah tak ingat bapak dia gaknya..”
*nada kawal sedih*

Aku hanya melihat mata tuanya.
muka bersahaja, tenang tapi hati Tuhan je tahu.
Risau dia.
Penat dia.
Ibu bapa mana tak sayang anak kan,
walaupun slalu kena marah ke apa,
hati tua tu— pasti sayang anak anak dia.
Dah lah perempuan confirm lagi risau.

Moga ALLAH lembutkan hati anak pakcik ni,
untuk kembali ke pangkuannya.
Moga moga.."
- Aku cite kat kaklong. Pastu dia kata, “Mesti pakcik tu terkejut tengok muka kau kan?” Sengih jelaaa… (via lulumimo)

hit counter tumblr
hit counter